Thursday, July 15, 2010

Ingin berkahwin : Apa perlu saya lakukan?

Soalan yang sering ditanya oleh bakal pengantin:

1. Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan?
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus PraPerkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.

2. Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinyauntuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan.

3. Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus PraPerkahwinan di mana -mana tempat di Malaysia ?
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan dimana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

4. Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal.

5. Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.

6. Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujiandarah / HIV?
Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabuldi Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujiandarah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.

Panduan dan peraturan mengisi borang nikah:

1. Pemohon yang bujang beralamat kadpengenalan (k/p) / bermastautin dalam negeri selangor hendaklah mengikuti kursus pra-perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) / Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dalam negeri Selangor.

2. Pemohon yang janda/ balu /cacat anggota/ dan berumur lebih 40 tahun dikecualikan daripada mengambil kursus ini.

3. Borang 1c & 1d (yang asal) berserta senaraisemak boleh diperoleh di JAIS atau PAID (bukan borang fotostat).

4. Borang juga boleh diperolehi melalui laman web JAIS ; http://jais.net.my

5. Borang ini hanya untuk pemohonyang beralamat kad pengenalan atau bermastautin di negeri Selangor.

6. Kadar mastautin adalah empat bulan walaupun alamat kad pengenalan di luar negeri Selangor.

7. Kelayakan bermastautin adalah apabila memperoleh pengesahan bermastautin dari penghulu/ ketua kampung / pengerusi jkkk/ nazir masjid / pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan.

8. Borang ini hendaklah diisi dua bulan sebelum akad nikah dijalankan.

9. Borang ini hendaklah diisi dgn lengkap menggunakan huruf besar & berdakwat hitam atau biru tanpa ditandatangani terlebih dahulu.

10. Tandatangan hendaklah dibuatdi hadapan Penolong Pendaftar Nikah (PPN).

11. Kesalahan perkataan hendaklah dipotong dan initial / diganti dengan borang baru.

12. Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.

13. Pemohon boleh mewakilkan kepada sesiapa untuk mengisi borang dan pemohon hendaklah mengesahkan apa-apa yang diisioleh pihak wakil.

14. Pastikan dokumen sokongan adalah betul, mencukupi dan dilampirkan bersama dengan borang sebelum berjumpa PPN.

15. Jika mohon nikah luar negara, sila lampirkan tiga salinan dokumen sokongan.

16. Jika mohon nikah luar daerah / negeri, sila lampirkan dua salinan dokumen sokongan.

17. Pemohon, wali yang sah dan dua orang saksi hendaklah berjumpa dengan PPN tempat pemohon bermastautin untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.

18. Jika ketiadaan PPN, pemohon, wali dandua orang saksi hendaklah menandatangani borang di hadapan pendaftar.

19. Orang yang menjadi saksi hendaklah mengenali wali.

20. Pastikan tanda tangan pemohon, wali dan dua orang saksi dibuat di hadapan PPN.

21. Pastikan PPN telah membuat pengesahan dengan bukti tanda tangan, tarikh dan coprasmi PPN di borang pemohon.

22. Setelah disahkan oleh PPN, pemohon hendaklah hadir ke PAID, tempat pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan atau kebenaran berkahwin.

23. Wali dan dua orang saksi tidak perlu dibawa bersama.

24. Surat kebenaran berkahwin dan kelulusandengan bayaran RM5.00 akan diperoleh dalam tempoh satu hari selepas kelulusan permohonan yang lengkap dibuat.

25. Sah laku kelulusan atau kebenaran ini adalah tiga bulan.

26. Surat kebenaran berkahwin yang diperoleh hendaklah diserahkan kepada PPN sebelum akad nikah dijalankan.

27. Akad nikad digalakkan diadakan di masjid kariah yang ada PPN.

28. Bagi kariah yang tiada PPN, akad nikah boleh dijalankan di kariah yang berhampiran atau di PAID.

29. Pastikan wali hadir sama semasa akad nikah/wakalah yang sah semasa wali tidak dapat hadir.

30. Surat Perakuan Nikah (SPN) boleh diambil selepas 14 hari dari tarikh PPN menghantar borang dan dokumen nikah ke paid untuk didaftarkan. SPN hanya boleh diambil oleh suami dan isteri sahaja.

31. Pastikan tandatangan penerimaan oleh suami dan isteri semasa mengambil SPN.

1 comment:

  1. Salam, tumpang tanya..untuk kahwin luar daerah / negeri tu, nak dapatkan surat sokongan dari siapa?

    Kalau alamat di IC dalam selangor, memang kena ambil kursus kahwin anjuran JAIS shaja ke?

    ReplyDelete