1. Seharusnya anda berbincang dengan pasangan anda dan keluarga tentang masa dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan. Seboleh-bolehnya, anda harus memastikan, semua sanak-saudara dan jiran tetangga dapat sama-sama memeriahkan majlis anda itu nanti.
2. Aturkan bajet yang diperlukan sama ada rendah, sederhana atau mewah. Yang pasti anda harus bijak mengawal perbelanjaan.
3. Anda dan pasangan juga harus meneliti lokasi majlis sama ada ingin dilakukan di hotel, dewan mahu pun di rumah. Anda juga harus mengambil kira jarak dan kesesuaian majlis yang ingin anda adakan itu supaya setiap tetamu yang datang berpuas hati.
4. Rancang menu yang ingin dihidangkan kepada para tetamu sama ada cara berhidang atau pun buffet. Hadirlah ke sesi cubaan menu jika anda mengadakan majlis di hotel atau dewan.
5. Bijaklah dalam membuat pilihan busana indah yang ingin anda gayakan di hari persandingan nanti. Pastikan ukuran baju anda dan pasangan sesuai dan tidak terlalu longgar atau ketat untuk digayakan nanti.
6. Gubah barang hantaran yang ingin anda persembahkan kepada pasangan dengan cara yang paling mewah. Biar para tetamu terpegun melihat gubahan hantaran itu walaupu barang yang anda berikan tidak lah terlalu mahal dan harganya hanya sederhana sahaja. Tidak kira anda mengubahnya sendiri atau menempahnya, yang penting anda harus berpuas hati.
7. Tidak salah membeli barang hantaran yang agak berjenama dan berkualiti seperti barang elektronik, lap top mahu pun telefon bimbit sekurang-kurangnya semua barangbarang itu dapat digunakan selepas selesai majlis perkahwinan anda.
8. Anda dan pasangan harus ‘bijak’ memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudaramara anda sendiri. Pastikan penampilan pengapit itu tidak terlalu ‘meriah’ dari penampilan anda dan pasangan.
9. Warna tema untuk keseluruhan majlis yang anda pilih juga harus bertepatan dengan kehendak dan keinginan anda dan pasangan. Untuk tampak hebat, seharusnya anda memillih rona yang tidak terlalu garang untuk busana, hantaran, dan keseluruhan majlis.
10. Pilih bunga korsaj yang unik dan cantik untuk para penanggah. Kalau boleh tempat baju untuk dipakai oleh mereka di hari persandingan anda nanti.
11. Jurufoto yang dipilih juga memainkan peranan penting dalam merakamkan setiap inci majlis perkahwinan anda nanti. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dan anda harus bijak memilih mana yang sesuai dan berbaloi dengan bajet yang telah ada aturkan.
12. Pemilihan juru solek juga menjadi keutamaan dalam memastikan majlis anda berjalan dengan lancar. Sebelum menempah juru solek anda boleh bertanyakan tentang warna yang sesuai dengan kulit anda dan anda boleh mencuba terlebih dahulu solekan yang anda rasa cantik untuk dikenakan di hari bahagia anda nanti.
13. Untuk nampak hebat seharusnya anda mengumpulkan dan menyenaraikan nama para tetamu yang ingin anda jemput. Jangan lupa untuk menjemput orang-orang kenamaan yang anda kenal supaya majlis anda nanti menjadi lebih hebat.
14. Pastikan kelengkapan P.A system lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya agar majlis anda nanti tidak hambar dan sunyi. Untuk nampak lebih meriah, anda boleh mengundang rakan-rakan atau pun band pilihan untuk memeriahkan lagi majlis persandingan nanti.
15. Tempah kad kawin yang cantik, murah dan bersesuaian mengikut kehendak anda dan pasangan. Senaraikan jumlah para tetamu yang ingin anda edarkan kad kawin agar anda tidak membazir.
16. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk membeli segala barang keperluan seperti cenderahati untuk para tetamu yang datang dan sebagainya. Jika ada duit lebih tidak salah jika anda menempah khas cenderahati tersebut agar nampak mewah.
17. Cincin perkahwinan juga memainkan peranan yang penting dalam majlis perkahwinan. Selain menjadi ‘tanda’ yang anda sudah sah menjadi suami atau pun isteri, cincin yang dipilih juga harus cantik dan nampak mewah. Tidak kira di mana anda membelinya, tetapi pastikan cincin itu cantik pada pandangan mata anda dan pasangan.
No comments:
Post a Comment